1. Muqaddimah Jabatan Ekstra-Kurikulum cuba memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam mencapai visi dan misi sekolah bagi melahirkan pelajar yang soleh dan musleh. Pendekatan dan konsep-konsep yang bervariasi sifatnya cuba digarapkan supaya impak yang terhasil adalah menepati kualiti yang dicita-citakan. Bertitik tolak daripada itu, Jabatan Ekstra-Kurikulum mengadakan program Perkhemahan Uji Cekap 2008 untuk menguji kecekapan, kekentalan dan semangat juang yang ada pada murid-murid tingkatan 3 setelah tiga tahun didedahkan dengan ilmu-ilmu dan kemahiran Syabab. Program ini juga akan menjadi medan untuk mereka menterjemah dan mengadaptasikan ilmu yang ada demi kemaslahatan diri mereka dan juga ummah. 2. Objektif Ekspedisi ini mempunyai beberapa objektif yang telah dirangka secara sistematik dan praktikal untuk dicapai antaranya ialah: i) Menimbulkan rasa hormat murid terhadap orang lain. ii) Memberi kesedaran kepada pelajar untuk berubah. iii) Menguji tahap kecergasan fizikal, kecerdasan mental dan kesabaran emosi. iv) Mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari. v) Membentuk semangat berpasukan sesama ahli. vi) Berupaya mencipta sesuatu yang baru hasil daripada ilmu yang telah dipelajari. 3. Tema “Tajdid Mujahid” 4. Tempat Institut Ukur Tanah Negara ( INSTUN ) 5. Tarikh dan Masa 23, 24 dan 25 Mei 2008 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) 6. Anjuran Jabatan Ekstra-Kurikulum, Sekolah Menengah Islam Al Amin. 7. Kerjasama MASYAB ALUMNI Jabatan Pertahanan Awam ( JPA 3 ) 8. Peserta Ekspedisi Peserta ekspedisi seramai 200 orang terdiri daripada : a) 150 orang murid-murid tingkatan 3 dan 4. b) 20 orang AJK. c) 10 Alumni. d) 10 orang guru. 9. Penutup Jabatan Ekstra-kokurikulum Sekolah Menengah Islam Al-Amin, mengharapkan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai objektif yang telah digariskan bagi melahirkan sebuah generasi soleh dan musleh yang mempunyai daya juang dan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Jabatan ini juga berharap semoga semua pihak dapat bekerjasama menyumbangkan buah fikiran, tenaga mahupun sumbangan kewangan untuk menjayakan hasrat murni kami. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan PERKHEMAHAN UJI CEKAP 2008. Disediakan oleh: ………………………………. (ABDUL RASHID BIN DASHUKI) Pengarah Program ( Pelajar ) Perkhemahan Uji Cekap 2008 |
Thursday, May 8, 2008
PERKHEMAHAN UJI CEKAP 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)